Followers

Ads

Friday 6 May 2011

Selamat Tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Lalala~

Amboi, Mel. Nyanyi ke? Lagu Dina dengan Zizan lagi tuuu. Kata awful singer kan. Haha. Kata kauuu~



Hikhik. Tak ada lah. Mel memang awful singer pun. Serius, suara macam itik kot. Huhu. Actually, Mel nak say good bye pada blog ni, follower blog ni, penyinggah blog ni (eh, ada ke penyinggah?) dan yang sewaktu dengannya.

Korang semua tengok-tengokkan lah blog Mel eh. Jangan biar dia sorang-sorang tau. Lepas ni, Mel tak post entri dah kot. Sesiapa yang rajin tu, nak tuliskan entri untuk blog Mel pun boleh jugak. Ada ke? Ngee.

Kenapa good bye? Eh, takkk. Mel bukan nak tutup blog ni. Haha. Mel tak dapat online kot dalam seminggu ni. Next Thursday Mel dah ada rasanya.

Kenapa tak online? Eh, ada lah. Hehe. Nanti dah boleh online, baru Mel beritahu. Okie? Promise!

Kenapa tak beritahu sekarang? Eh, banyak betul soalan. Agaga. Kalau Mel beritahu, confirm korang pesan macam-macam. For sure! Hehe.

By the way, someone pernah cakap pada Mel, daripada ucap selamat tinggal, lagi bagus cakap jumpa lagi. Betul juga kan? At least, we'll ending it more positively, rather than good bye. Macam sedih pulak.

Sooooo.. See ya! Chuppp~



Nota Chup:
Doakan perjalanan Mel selamat ya. Nanti balik, Mel bagi chup bebanyak. Haha~


Thursday 5 May 2011

How Do I? [#5]

How do I live, with those people who keep hating on my presence?

Answers, please.



Wednesday 4 May 2011

Salah Saya Ke?

Ehem, ehem. Test suara. Dan baca dengan nada lembut dan tenang. Bukan emo, okie?

Ready? Go!



Kalau awak cemburu atau iri hati dengan kelebihan orang lain, perlu ke awak sakiti orang tu? Salah dia ke?

Kalau awak marah sebab sesuatu atau awak kena marah, perlu ke awak lepaskan kemarahan dan rasa bengang awak tu pada orang lain? Salah dia ke?

Kalau awak ada masalah besar dan awak rasa tertekan, perlu ke awak tekan orang lain yang juga ada masalah? Salah dia ke?

Oh, okie. Awak sedang beremosi, sedang berperang dengan perasaan. Then, orang lain tak ada emosi atau tak ada perasaan ke?

Ya, ini bukan sesi menuding jari atau menghakimi kesalahan tergalas di bahu siapa. Tapi memang tak salah kalau kita consider (atau at least cuba consider) keadaan dan perasaan orang lain. Tak kira lah walau apa pun orang tu pernah buat pada kita, kan?

Bila orang tu kaya-raya, kita nak juga kaya. Habis, bila orang tu jatuh bankrap, kita nak jatuh juga?



Nota Chup:
Mel yakin Mel tak salah (dalam hal tersebut). So, Mel rilek je lah. Boleh? *wink*

Tuesday 3 May 2011

Jatuh Cinta, Patah Hati

Macam mana ya rasanya bahagia bila jatuh cinta? Macam mana ya rasanya kecewa bila patah hati?

Siapa jatuh cinta? Siapa patah hati? Mel ke?

Eh, bukanlah. Mel jatuh kat bilik air. Bukan jatuh cinta. Mel patah jari. Bukan patah hati. Eh takde lah sampai patah jari ni. Terseliuh sikit aje. 

Tu pun nak kecoh? Eh, suka kita lah! Ahaha.

Nota Chup: Jari terseliuh pun cekal menaip. Gatal! Lol.

Monday 2 May 2011

How Do I? [#4]

How do I survive, living half the life that I knew?

Answers, please.




Sunday 1 May 2011

Saya Bukan Seorang Pekerja

Suruh itu, Mel buat itu. Suruh ini, Mel buat ini. Bayar? Taklah, percuma aje. Ikhlas? Sungguh, dari hati.

Walaupun bukan sesiapa, walaupun tak beri makna apa-apa, tapi.. Hargai lah apa Mel buat. Sikit pun tak apa. Jangan pandang Mel macam lalat hinggap kat sambal belacan.

Err. Lalat makan pedas? Ahaha. Sekian.

Nota Chup: Selamat Hari Pekerja! Dan selamat datang, Mei. (^_^)



Saturday 30 April 2011

Buai Laju-Laju

Buai laju-laju
Sampai pokok sena
Apa sedap keju
Ada dalam lasagna

Buai laju-laju
Sampai pokok berangan
Siapa nama Raju
Sila angkat tangan

Buai laju-laju
Sampai pokok ru
Hendak beli baju
Dan juga kasut baru

Buai laju-laju
Sampai pokok ketapang
Mana belajar tinju
Tak nak bagi pelempang

Buai laju-laju
Sampai pokok bunga
Bila hendak maju
Kalau asyik ternganga

Nota Chup: Berani buai laju-laju? *Wink*




Friday 29 April 2011

How Do I? [#3]

How do I scream for help, having my vocal cords cut out?

Answers, please.

Thursday 28 April 2011

Pasar Malam, Balas Dendam, Demam?

Semalam dapat pergi pasar malam.
Walaupun hari dah nak hujan.
Dapat balas minggu lepas punya dendam.
Taufu fa panas-panas dapat juga Mel makan.

Nak bagitahu tu aje. Boleh? Ahaha. *Wink*

Nota Chup: Taip sikit aje, demam selsema akibat tempias hujan semalam.


Wednesday 27 April 2011

How Do I? [#2]

How do I breathe, feeling like I'm being chocked?

Answers, please.

Tuesday 26 April 2011

Tok Ma Wilca

Baru balik dari hospital. Eh bukan Mel. Mel hantar Tok Ma. Rawatan susulan. Jumpa doktor, jumpa consultant. Check itu, check ini. So Mel kena lah tolak sana, tolak sini. Tolak ape? Tok Ma naik wheel chair lah.

Lama? Tentu lah. Tahu berapa ramai yang queue tadi? Mel pun tak tahu. Ngee. Tapi Mel pegang nombor giliran tiga puluh enam. Tu pun dua jam tunggu. Haih, nak yang percuma kenalah bayar dengan masa. Kan?

Punya lah lama menunggu. Sejuk pun sampai ke tulang. Tu la Melda, lain kali pakai tebal-tebal, labuh-labuh sikit ke. Haip, Mel tak pakai mini-mini okie. Sila jangan ragu-ragu di situ. *Wink*

Nota Chup:
Kalau Tok Ma tahu Mel letak 'Wilca' kat nama dia, tambah setimbun lagi benci dia. Hik~


Monday 25 April 2011

How Do I?

How do I dream, thinking of those never-ending bad days?

Answers, please.



Sunday 24 April 2011

Ahad untuk Berehat

Ahad datang lagi. Yesssss, boleh rehat hari ni. Macam lah hari lain kerja. Agaga.

Semalam dinner okay, tapi kalau tahu, memang Mel tak nak pergi. T_T

Tapi dah lepas kan. Okay lah. Malas nak fikir. Orang ni memang suka cakap ikut suka dia. Macam Mel ni tak ada perasaan. Mel memang tak pandai macam orang lain. Tapi tak ada lah sampai tahap tak faham bahasa. Tak perlu lah ulang benda yang sama setiap kali jumpa. I'm sick of them. Grrr~

Nota Chup: Malam ni harap boleh tidur lena.


Saturday 23 April 2011

Gedik Ngantuk

Aaaaaaaaaaaaaa.

Kenape? Kenape?

Takde ape. Mel ngantuk, tapi tak boleh tidur. Tu aje. *Kesian*

Ahaha. Sekian. Chuuu~

Nota Chup: Mode ngade-ngade, maaf lah ye.



Friday 22 April 2011

Day 7

Bosan. Serius. Bukan nak mengada-ngada. Memang mengada-ngada pun. Ahaha. Tapi, dah seminggu kat hospital. Bila ada orang datang visit, okay lah sikit. Tapi siapa ada datang kan. Seorang diri di tempat lain, memang tak seronok okay~

Tapi menjelang tengah hari, Doc bagi good news. Alhamdulillah, boleh balik dah. Sangat lah lega. Thanks doc and nurse, sebab jaga Mel yang tak seberapa ni. Agaga~

Nota Chup: Yippie yayo! I'm home~



Thursday 21 April 2011

Day 6

Doktor kata Mel kena stay lagi. For observation. Kalau okay, esok baru boleh balik. Kalau tak okay? Haa, ni yang lemah ni.

Tak ada siapa datang visit hari ni. Sangat bosan. Aunty yang jaga cucu dia kat wad sebelah pun tak ada jenguk. Cucu dia dah sihat agaknya. Mel bila lah nak sihat ni? Hurmm~

Nota Chup: Tak mahu undergo surgery. *Serius*


Wednesday 20 April 2011

Day 5

Tangan dah tak bengkak. Boleh gerak bebanyak dah. Texting pun okie dah. Ngehehe~

Tadi tengah hari Mama datang. Bawa lauk untuk lunch. Yippie, thanks Mama. Mel serius lapar. Pagi tak breakfast pun. Bosan makan toast hari-hari. Serve lah makanan lain kan. Aduiyai~

Alamak! Hari ni Rabu lah. Ada pasar malam. Tak dapat pergi. Baru berangan nak makan taufu fa. Aaaaaa. *Jerit pepelan*

Nota Chup: Nak buat surgery ke tak nak? *Blurr*


Tuesday 19 April 2011

Day 4

Tangan kanan sakit, urat bengkak. Salah cucuk. *Nangis-nangis*

Nak text pun tak laju. Ni menaip pun sekadar dengan kelajuan siput. Aigoo~

Ni kes malam tadi lah ni. nurse practical tu salah cucuk. Adui, sakit tau. Tapi kesian juga kat dia, kena marah dengan staff nurse.

Takpe sis, jangan ambil hati sangat. Tengah belajar, kan? Takpe la ada silap here and there. Yang penting, admit silap yang kita buat dan pastikan buat correction. Okie?

Bertabahlah!~

Nota Chup: Maaf, Mel tak dapat text sangat. T_T



Monday 18 April 2011

Day 3

Sangat tak larat. Tak mampu rasanya nak buat apa-apa. Solat pun duduk, tak kuat nak berdiri lama. Tak buat kerja apa, tapi rasa exhausted gila. Dah tidur punyalah lama, tapi mengantuk masih terasa. *Tak faham*

Tapi, syukur lah. tonsillitis semakin reda. Boleh lah telan nasi lima sudu hari ni. Huhu..

Nota Chup: Bila nak balik ni? Uwaaa. T_T



Sunday 17 April 2011

Day 2

*sigh*

Haish, Mel ni. Mengeluh je kerja. Tak baik ouh. *Okie, stop mengeluh*

Bukan apa. Bosan kat sini. Sorang aje. Puzzle tak ada, Lego tak ada. Emergency case lah katakan. Bibik ambik je apa yang patut. Nasib baik sempat grab phone. Weee.

Tapi tak apa. Melda, bertabahlah!

Nota Chup: Nurse Lela sangat baik. Thank you~



Saturday 16 April 2011

Day 1

Aduh! Aduh, duh, duh, duh! Sakit betul bunyinya, kan? Agaga. Eh, sakit betul lah. Awal pagi kena attack lagi. Maka, ke hospital lagi lah nampaknya. *Bosan*

Tapi apa nak buat kan. Mel memang pandai menyusahkan orang. Ahaha. *Pedih*

Mama hantar pagi tadi. Nasib baik Sya tidur kat rumah malam tadi. Ada jugak boleh teman Mama drive hantar Mel. Budak pulak tinggal dengan Bibik. Kesian Bibik kena kerja lebih. Patutnya kerja Mel tu.

Keadaan belum stabil. Kata Encik Doktor, Mel kena stay lama. *Sigh*

Nota Chup: Sila jangan menyampah tengok muka saya. Ngee~


Friday 15 April 2011

Funny Get Well Sayings

"Physical ills are the taxes laid upon this wretched life; some are taxed higher, and some lower, but all pay something."
- by Lord Chesterfield

"The art of medicine consists of amusing the patient while nature cures the disease."
- by Voltaire

"I reckon being ill as one of the great pleasures of life, provided one is not too ill and is not obliged to work till one is better."
- by Samuel Butler

"If I'd known I was going to live so long, I'd have taken better care of myself."
- by Leon Eldred

"When an illness knocks you on your ass, you should stay down and relax for a while before trying to get back up."
- by Candea Core-Starke

"Get-well cards have become so humorous that if you don't get sick you're missing half the fun."

Chup Notes: Being sick is not funny at all.


Wednesday 13 April 2011

Don't Fall for Me

A guy and a girl can be just friends
But at one point or another
They will fall for each other

Maybe temporarily
Maybe at the wrong time
Maybe too late
Or maybe forever

*wink*

Monday 11 April 2011

Here I Am

Here I am, once again
I'm torn into pieces
Can't deny it, can't pretend
Lalala...

Why am I doing this? Ahaha.

It has been a really long time since the last entry I wrote. No story to tell, no feeling to share. Just the empty me. *sigh*

Wake up, Melda! Fight, fight, fight.

Chup Notes: We should be happy, rite?