Followers

Ads

Showing posts with label Rasional Emosional. Show all posts
Showing posts with label Rasional Emosional. Show all posts

Wednesday, 4 May 2011

Salah Saya Ke?

Ehem, ehem. Test suara. Dan baca dengan nada lembut dan tenang. Bukan emo, okie?

Ready? Go!



Kalau awak cemburu atau iri hati dengan kelebihan orang lain, perlu ke awak sakiti orang tu? Salah dia ke?

Kalau awak marah sebab sesuatu atau awak kena marah, perlu ke awak lepaskan kemarahan dan rasa bengang awak tu pada orang lain? Salah dia ke?

Kalau awak ada masalah besar dan awak rasa tertekan, perlu ke awak tekan orang lain yang juga ada masalah? Salah dia ke?

Oh, okie. Awak sedang beremosi, sedang berperang dengan perasaan. Then, orang lain tak ada emosi atau tak ada perasaan ke?

Ya, ini bukan sesi menuding jari atau menghakimi kesalahan tergalas di bahu siapa. Tapi memang tak salah kalau kita consider (atau at least cuba consider) keadaan dan perasaan orang lain. Tak kira lah walau apa pun orang tu pernah buat pada kita, kan?

Bila orang tu kaya-raya, kita nak juga kaya. Habis, bila orang tu jatuh bankrap, kita nak jatuh juga?



Nota Chup:
Mel yakin Mel tak salah (dalam hal tersebut). So, Mel rilek je lah. Boleh? *wink*

Sunday, 1 May 2011

Saya Bukan Seorang Pekerja

Suruh itu, Mel buat itu. Suruh ini, Mel buat ini. Bayar? Taklah, percuma aje. Ikhlas? Sungguh, dari hati.

Walaupun bukan sesiapa, walaupun tak beri makna apa-apa, tapi.. Hargai lah apa Mel buat. Sikit pun tak apa. Jangan pandang Mel macam lalat hinggap kat sambal belacan.

Err. Lalat makan pedas? Ahaha. Sekian.

Nota Chup: Selamat Hari Pekerja! Dan selamat datang, Mei. (^_^)



Tuesday, 26 April 2011

Tok Ma Wilca

Baru balik dari hospital. Eh bukan Mel. Mel hantar Tok Ma. Rawatan susulan. Jumpa doktor, jumpa consultant. Check itu, check ini. So Mel kena lah tolak sana, tolak sini. Tolak ape? Tok Ma naik wheel chair lah.

Lama? Tentu lah. Tahu berapa ramai yang queue tadi? Mel pun tak tahu. Ngee. Tapi Mel pegang nombor giliran tiga puluh enam. Tu pun dua jam tunggu. Haih, nak yang percuma kenalah bayar dengan masa. Kan?

Punya lah lama menunggu. Sejuk pun sampai ke tulang. Tu la Melda, lain kali pakai tebal-tebal, labuh-labuh sikit ke. Haip, Mel tak pakai mini-mini okie. Sila jangan ragu-ragu di situ. *Wink*

Nota Chup:
Kalau Tok Ma tahu Mel letak 'Wilca' kat nama dia, tambah setimbun lagi benci dia. Hik~


Sunday, 24 April 2011

Ahad untuk Berehat

Ahad datang lagi. Yesssss, boleh rehat hari ni. Macam lah hari lain kerja. Agaga.

Semalam dinner okay, tapi kalau tahu, memang Mel tak nak pergi. T_T

Tapi dah lepas kan. Okay lah. Malas nak fikir. Orang ni memang suka cakap ikut suka dia. Macam Mel ni tak ada perasaan. Mel memang tak pandai macam orang lain. Tapi tak ada lah sampai tahap tak faham bahasa. Tak perlu lah ulang benda yang sama setiap kali jumpa. I'm sick of them. Grrr~

Nota Chup: Malam ni harap boleh tidur lena.