Followers

Ads

Showing posts with label Patient Diary. Show all posts
Showing posts with label Patient Diary. Show all posts

Friday, 22 April 2011

Day 7

Bosan. Serius. Bukan nak mengada-ngada. Memang mengada-ngada pun. Ahaha. Tapi, dah seminggu kat hospital. Bila ada orang datang visit, okay lah sikit. Tapi siapa ada datang kan. Seorang diri di tempat lain, memang tak seronok okay~

Tapi menjelang tengah hari, Doc bagi good news. Alhamdulillah, boleh balik dah. Sangat lah lega. Thanks doc and nurse, sebab jaga Mel yang tak seberapa ni. Agaga~

Nota Chup: Yippie yayo! I'm home~



Thursday, 21 April 2011

Day 6

Doktor kata Mel kena stay lagi. For observation. Kalau okay, esok baru boleh balik. Kalau tak okay? Haa, ni yang lemah ni.

Tak ada siapa datang visit hari ni. Sangat bosan. Aunty yang jaga cucu dia kat wad sebelah pun tak ada jenguk. Cucu dia dah sihat agaknya. Mel bila lah nak sihat ni? Hurmm~

Nota Chup: Tak mahu undergo surgery. *Serius*


Wednesday, 20 April 2011

Day 5

Tangan dah tak bengkak. Boleh gerak bebanyak dah. Texting pun okie dah. Ngehehe~

Tadi tengah hari Mama datang. Bawa lauk untuk lunch. Yippie, thanks Mama. Mel serius lapar. Pagi tak breakfast pun. Bosan makan toast hari-hari. Serve lah makanan lain kan. Aduiyai~

Alamak! Hari ni Rabu lah. Ada pasar malam. Tak dapat pergi. Baru berangan nak makan taufu fa. Aaaaaa. *Jerit pepelan*

Nota Chup: Nak buat surgery ke tak nak? *Blurr*


Tuesday, 19 April 2011

Day 4

Tangan kanan sakit, urat bengkak. Salah cucuk. *Nangis-nangis*

Nak text pun tak laju. Ni menaip pun sekadar dengan kelajuan siput. Aigoo~

Ni kes malam tadi lah ni. nurse practical tu salah cucuk. Adui, sakit tau. Tapi kesian juga kat dia, kena marah dengan staff nurse.

Takpe sis, jangan ambil hati sangat. Tengah belajar, kan? Takpe la ada silap here and there. Yang penting, admit silap yang kita buat dan pastikan buat correction. Okie?

Bertabahlah!~

Nota Chup: Maaf, Mel tak dapat text sangat. T_T



Monday, 18 April 2011

Day 3

Sangat tak larat. Tak mampu rasanya nak buat apa-apa. Solat pun duduk, tak kuat nak berdiri lama. Tak buat kerja apa, tapi rasa exhausted gila. Dah tidur punyalah lama, tapi mengantuk masih terasa. *Tak faham*

Tapi, syukur lah. tonsillitis semakin reda. Boleh lah telan nasi lima sudu hari ni. Huhu..

Nota Chup: Bila nak balik ni? Uwaaa. T_T



Sunday, 17 April 2011

Day 2

*sigh*

Haish, Mel ni. Mengeluh je kerja. Tak baik ouh. *Okie, stop mengeluh*

Bukan apa. Bosan kat sini. Sorang aje. Puzzle tak ada, Lego tak ada. Emergency case lah katakan. Bibik ambik je apa yang patut. Nasib baik sempat grab phone. Weee.

Tapi tak apa. Melda, bertabahlah!

Nota Chup: Nurse Lela sangat baik. Thank you~



Saturday, 16 April 2011

Day 1

Aduh! Aduh, duh, duh, duh! Sakit betul bunyinya, kan? Agaga. Eh, sakit betul lah. Awal pagi kena attack lagi. Maka, ke hospital lagi lah nampaknya. *Bosan*

Tapi apa nak buat kan. Mel memang pandai menyusahkan orang. Ahaha. *Pedih*

Mama hantar pagi tadi. Nasib baik Sya tidur kat rumah malam tadi. Ada jugak boleh teman Mama drive hantar Mel. Budak pulak tinggal dengan Bibik. Kesian Bibik kena kerja lebih. Patutnya kerja Mel tu.

Keadaan belum stabil. Kata Encik Doktor, Mel kena stay lama. *Sigh*

Nota Chup: Sila jangan menyampah tengok muka saya. Ngee~